Friday, April 29, 2011

Jari Mana yang Disyariatkan Memakai Cincin

I just came across an interesting topic di blog auntie nani. I am an avid reader of her blog..serious best! She started of by writing episodes of her life..dari muda sampai sekarang. Dari start dia bercinta, bertunang, kahwin, sampai la skarang dah bercucu. Yang best nye, setiap entry disertakan gambar-gambar. Setiap gambar-gambar lama, auntie akan scan and upload. Tabik spring lah sama auntie!!! Kita yang pakai smartphone lah, digital camera lah, pun masih malas nak upload gambar. Eh, bukan 'kita', hanya saya je yang malas..jangan saman saya ok.
Kadang-kadang auntie akan selitkan resepi-resipi, some parenting tips, petua and nasihat-nasihat. Memang cool lah auntie ni. Tapi sekarang auntie selalu sakit-sakit.. :-( Semoga auntie pulih dan kembali sihat dan kuat.

Back to the article, it is about wearing rings. Have you ever wondered which finger(s) you should wear a ring? I mean for a Muslim la..yang non-muslim tak kisah kot nak pakai memana jari kan? Well I did. Disebabkan jari tengah saya bengkok (akibat selalu cedera kena bola masa zaman sekolah dulu) makanya saya sentiasa pakai jari manis. What about you guys out there? Korang pakai jari mana? Maybe some of you memang dah tau lamaaaa dah, hanya saya je yang ketinggalan..maafkanlah saya, saya memang cenggini..anyhow, I still want to share it here.

Jari Mana yang Disyariatkan Memakai Cincin

Jawapan pada soalan tersebut adalah bertepatan dengan kandungan antara 13 Nasihat Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam kepada Saidina Ali kw. sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam berpesan kepada Saidina 'Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari:
1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari:
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Luth a.s.

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan. Muslimin dan Muslimat, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah SWT. Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam dapatlah kita pahala.
 
************************************************************************************************
 
Ada hikmah nye juge ya jari tengah saya bengkok..hehehe..
Oh, ada lagi satu soalan, kiri and kanan blh pakai ke or kanan je?
 
 

2 comments:

  1. hey babe! had the same info in my entry http://azwanihasleem.blogspot.com/2010/09/ku-ku-ku-cin-cin-ku.html hehe..pasal kiri ke kanan tu, ada kawan aku yg pandai agama ni ckp, benda2 yg baik elok pakai tgn kanan..so pakai tgn kanan jelah kot..dia jgk yg ajar aku pakai jam tgn kanan! =)

    ReplyDelete
  2. aku dah pi tgk..siap dgn cara2 potong kuku pun ada! Best! Baru aku tau..sgt la ignorant aku ni..
    aku dah terbiasa pakai jam & cincin on my left hand side la..nak tukar jari kalu, jari manis kanan aku bengkok jgk..tak cantik lah nnti..*vain mode*

    ReplyDelete